Pejam celik, pejam celik, dah bulan Disember dah. Esok pulak birthday aku. Tak sangka cepat betul masa berlalu, kan? Rasa macam baru semalam je aku ambik result UPSR. Tahun depan aku dah form two. Aku pun apa lagi. Makin nervous lah nak masuk sekolah. Yalah, kerja PBS melambak, menambah stress, kehidupan kat asrama, menambah nervous, akak-akak senior yang annoying, menambah AMARAH.
Macam tak nak balik sekolah je tahun depann. Tapi, mengenangkan kawan-kawan aku, mak bapak aku, masa depan aku sebagai seorang arkitek berjaya, aku korbankan jugak masa 5 tahun dari kehidupan aku untuk mengharungi hidup kat SBP ni (ehh, asal berbunga sangat ayat ni?) .
Kalau korang nak tahu (nak tahu ke?) aku ada melalui satu kejadian yang menyeramkan kat sekolah aku tu. Kejadian yang langsung tidak diingini. Kejadian apa? Kena culik? Bukanlah, macam ni... #flashback
*bunyi kucing*
"Fidya, bunyi apa tu?" aku tanya kawan aku, Fidya. Fidya ni, ada 'power'. Bukan power bokeh terbang tu, tapi mata dia tak cukup penapis, sixth sense lah kiranya. "Bunyi kucing la kau ni. Jom cari" Fidya dengan aku memang suka kucing. So, kitorang cari lah kucing tu. Dari dalam bawak ke luar, dari luar bawak ke dalam. Yang hairannya, bila kitorg cari kat dalam, bunyi macam kat luar kelas, bila cari kat luar kelas, bunyi macam kat dalam. Tiba-tiba aku tak sedap hati. Tapi, si Fidya tu macam biasa je. Mungkin sebab dia dah biasa agaknya dengan benda-benda macam ni. Sebab dah penat, kitorang pun hentikan misi mencari kucing tu.
Malam tu jugak, satu kejadian yang menakutkan, terrifying, horryfying, terrorizing, traumatising telah berlaku. Aku tengah tekun siapkan kerja Maths aku yang susah tahap dewa (waktu tu tengah buat pasal algebra) tiba-tiba ada sorang budak dalam kelas aku jumpa kucing kat belakang almari, dia cuba keluarkan, lepas tu, kucing tu lari bukan main laju dia lari, keluar kelas kitorang ikut pintu belakang. Lepas tu, tak lama, lebih kurang 2, 3 minit kitorang dengar bunyi orang menjerit-jerit kat atas kitorang (1B kat bawah kelas 4F). Maknanya, kelas 4F lah. Ada sorang akak kat 4F tu, mata dia tak cukup penapis. Dah tiga kali dah sekolah kitorang kena histeria macam ni dan dia jugak yang kena. Shocking, right?
Orang kata, sebelum dia kene histeria, dia tengah lukis gambar kucing hitam, tiga kaki dan ada satu mata kat dahi. Tambah menakutkan, aku nampak kucing tu kaler HITAM, budak kelas aku, kata kucing tu ada TIGA KAKI, dan kawan aku, nampak kucing tu ada SATU MATA KAT DAHI. Seram dohh... Lepas tu, kitorang bacalah surah yasin, aku waktu tengah baca tu, seram sejuk, mengigil-gigil kau tahu.
Waktu tu, akak yang kene tu, dia kejar sorang abang senior yang iqamat kat telinga dia sampai ke tengah dataran. Warden pulak terjerit-jerit suruh tutup pintu dan tingkap takut-takut akak tu lari masuk kelas kitorang. Aku dengan Fidya dah terpandang-pandang dah. Budak lain semua tanya kenapa kitorg paling pucat, tapi aku terlampau takut sampai tak sanggup nak cerita.
Kitorang tak balik dorm sampailah pukul 11 malam sebab nak setel benda ni dulu. Kitorang pun tak payah lights off malam tu. Lepas baca ayat pendinding dan buat penjuru kat dorm, ada pengumuman dari PK Badar. PKB kata, tutup pintu rapat rapat dan tak payah tutup lampu. Kalau nak keluar dorm, jangan keluar sorang sorang, buka pintu jangan besar besar dan jangan lupa tutup pintu sepanjang masa. Lagi satu, JANGAN BAGI KUCING MASUK DORM. Apa maksud dia tu?
Kalau korang dah seram, apa lagi aku. Esoknya, aku dan Fidya cerita kat diorang pasal kucing yang kitorang cari tu. Rupa-rupanya, kucing yang kitorang cari tu ialah kucing yang menjadi punca kejadian histeria itu. BAYANGKAN! Kitorang cari kucing pembawa! Kucing pembawak tu, macam dia transport benda tu. Kira transporter lah tu, haha :D sempat lagi gurau .
Lepas itu, dorm mate Fidya, Devi, dia bukan Islam so waktu kitorang solat maghrib, dia duduk kelas dia. Kelas dia, 1A sebelah kelas kitorang so, malam tu, dia terdengar bunyi kucing mengiau so dia pergi lah kelas kitorang dengan abang Valerie, bukan Islam, orang Sabah. Diorang datang, nampak ada sepasang mata kucing dekat celah almari, tapi tak dapat keluar. So, diorang pun pergilah tinggalkan kelas kitoang. Teori aku, kucing yang kitorang jumpa tu, bukan kucing sembarangan dan, ialah punca segaa kejadian misteri yang tak terungkai pada malam itu. (cerh, macam misteri nusantara pulak)
Kenapa dan apa motif aku taip panjang lebar ni? Kan tajuk dia BACK TO DECEMBER. Maknanya, aku kenang2 balik lah kejadian dulu2. Banyak sangat kalau nak cerita semua. Nantilah, Aku ada peluang lagi. Okey, tu je. Dahlah, bye bye guys ^^V
No comments:
Post a Comment